Kuningan
Adakah
itu satu warna yang secara umumnya dianggap sebagai warna alternatif?
Menonton
perlawanan bola sepak di antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich dalam pusingan
terakhir Liga Juara-Juara Eropah, saya rasa agak tertarik kepada teori dan
konsep yang tersirat di belakang warna kuning ini.
Pasukan
bola sepak Dortmund ini, semenjak beberapa tahun yang lalu, telah dianggap sebagai
pasukan sokongan golongan mereka yang ingin menunjuk perasan. Tunjukan
perasan tidak semestinya digambarkan sebagai satu perhimpunan haram atau
sebagainya, seperti yang ahli politik tertentu inginkan, walaupun kita akan kembali pada isu tersebut kemudian.
Tidak,
ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan konsep hipster. Hipsterisme, jikalau saya dibenarkan menterjemah perkataan tersebut, juga adalah satu
cara pemikiran yang tidak begitu lama wujudnya di alam arus perdana ini
(sesuatu yang ironik, kan?).
Bagi
mereka yang menganggap diri mereka sebagai seorang hipster atau, dalam konteks
ini, sebagai seorang penyokong bola sepak hipster, pilihan pasukan yang telah diutamakan
oleh ramai dari golongan tersebut ialah Borussia Dortmund. Sebagai satu
kumpulan pemain bola sepak yang unggul, mereka memang layak untuk dikenali
sebagai juara tersendiri; walaupun mereka tidak berjaya meraih kemenangan bila
bertentangan dengan Bayern, tetapi mereka tidak melupakan prinsip-prinsip mereka.
Dari senarai pemain yang terikat kepada Dortmund buat sementara ini, tidak ada satu pemain pun yang tidak diidamkan oleh kumpulan lain di Eropah. Khabar angin mengenai penyerang utama mereka, Robert Lewandowski, tidak akan meninggalkan mereka sampai titik permulaan musim bola sepak baru sekiranya dia masih ada di sana. Selain dari dia, penjaga gol mereka, Roman Weidenfeller, memberikan satu persembahan yang mantap di Wembley, dan gol jaringan Arjen Robben tidak boleh disalahkan secara keseluruhannya kepada dia.
Pada masa yang sama, cara mereka menjalankan tugas mereka bukan sahaja sebagai kumpulan bola sepak, tetapi juga sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, telah mendapat perhatian yang positif dari ramai pihak.

Tetapi
itu bukannya sebab saya menulis ini.
Bukan,
sebabnya adalah mereka bermain dengan jersi yang mengutamakan warna kuning.
Ia,
memang baju mereka berbelang dengan warna hitam, tetapi pada masa dulu,
belang-belang tersebut tidak ada lagi. Saya teringat jersi mereka musim selepas
mereka menang Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1997. Kawan saya, Eser,
bukannya seorang yang menyokong mereka atau bola sepak Jerman (malah, dia lebih
gilakan Manchester United dan Fenerbache; sekarang dia menjadi seorang peminat
kumpulan bolasepak Crystal Palace), merasa agak tertarik kepada baju dan warna
tersebut sehingga dia memutuskan untuk membeli baju itu. Ianya langsung dipakai ke mana jua; kalau kita hendek pergi menonton filem di panggung wayang, baju itu juga yang dipakai.
Adakah
ini bermaksud bahawa Borussia Dortmund dan warna kuning (dan yang sewaktu
dengannya) boleh dianggap sebagai hipster dari penghujung abad ke-20? Saya
tidak pasti, tetapi sekarang saya ingin mengenalkan anda semua kepada Encik Eddie
Jordan.
Siapakah
Eddie Jordan? Dia adalah bekas pengurus dan pengasas kumpulan Formula 1,
Jordan. Mereka mula bertanding di gelanggang F1 pada awal tahun 90an, dan pada
penghujungnya, mereka mula mencatat markah dan kemenangan yang memberansangkan.
Damon Hill berjaya meraih kemenangan mereka pertama di Spa-Francorchamps pada tahun 1998, dan di tahun seterusnya, Heinz Harald Frentzen meningkatkan lagi prestasi mereka. Dia memberi satu cabaran kejohanan pemandu Formula 1 yang kuat, bertarung dengan Mika Hakkinen dan Eddie Irvine, hingga beberapa pusingan yang terakhir. Bagi satu kumpulan yang tidak mempunyai latar belakang yang besar di dunia korporat, ianya sebuah kumpulan yang kecil yang hampir mencapai impian yang diidamkan oleh ramai pelumba di seluruh dunia. Makanya ramai orang yang mula menyokong mereka, terutamanya orang yang berminat dengan pencapaian kumpulan yang lebih kecil di Formula 1.

Warna
Jordan? Kuning.
Beberapa
tahun selepas itu, Eddie Jordan menjelaskan dalam sebuah temuduga bahawa walaupun dia hampir digelar juara dunia, ada ramai juga orang yang berpendapat
bahawa dia tidak patut menang kejohanan tersebut. Kononnya, ianya akan
memberikan kesan yang negatif kepada cara kumpulan Jordan telah dipasarkan, dan mengurangkan tarikan bagi orang ramai. Konsep
tentang apa yang bagus buat kumpulan Jordan…diramalkan oleh mereka yang lebih
beruntung jikalau Jordan tidak dilihat sebagai pemenang, dan sekaligus
dimasukkan ke arus yang lebih perdana.
Mereka
dianggap sebagai pilihan hipster dan alternatif, kerana mereka tidak menang.
Seperti Borussia Dortmund.
Seperti
Bersih.
Dan
sekarang kita kembali ke apa yang saya jelaskan tadi. Perhimpunan Bersih yang
telah diadakan beberapa kali di Malaysia merupakan satu acara yang terjebak di
sejarah sebagai titik permulaan sesuatu yang tidak dijangka oleh ramai orang.
Ianya bergerak sebagai satu cara penyampaian pesanan kepada pihak-pihak yang
tertentu. Ianya diterima oleh orang ramai dengan cara yang berlainan, tetapi
yang pentingnya adalah…ianya menggunakan warna kuning sebagai satu cara
mengagihkan lagi perbezaan di antara mereka yang menyokong pihak-pihak
berlainan. Objektif dan misi dan visi mereka tidak semestinya selaras dengan
penyokong Bersih yang lain; akan tetapi, warna kuning telah digunakan sebagai
satu cara menunjuk perasaan yang lebih alternatif.
Saya
merujuk kepada soalan yang dikemukakan di awal penulisan ini.
Adakah
warna kuning secara umumnya dianggap sebagai warna alternatif? Ini merupakan
sesuatu yang menarik bagi saya pertikaikan kerana, walaupun saya tidak ingin
menyatakan bahawa warna ini sahaja yang boleh digunakan buat objektif-objektif
tersebut, sebagai sesuatu yang boleh mengatasi masa, ruang, lokasi dan
sebagainya, ianya telah disiratkan kualiti-kualiti yang ramai orang kenal
sebagai alternatif. Bebas.
Hipster.
Hipster.
Siapakah
yang menentukannya? Pihak manakah yang memutuskan ini?
Yang
lebih penting adalah ini: pergerakan hipster, alternatif, independent dan
sebagainya menggunakan pertentangan dengan arus perdana sebagai sesuatu
yang membentuk kewujudan mereka. Mereka adalah lain kerana mereka tidak
menggunakan idea atau cara yang ditetapkan oleh orang lain. Lain sebab mereka
lain.
Warna
kuning telah ditetapkan oleh ramai orang sebagai warna yang diberikan
kualiti-kualiti tersebut.
Makanya…jikalau
itu memang benar, adakah definasi prinsip yang telah
diberikan kepada warna tersebut boleh dianggap sebagai mainstream? Bolehkah
kita sekarang, dari segi politik, sukan dan sebagainya, melihat bukan sahaja
warna kuning ini, tetapi warna-warna yang lain yang sewaktu dengannya, tanpa
memikirkan konotasi yang tersirat seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak-pihak yang tidak boleh dikenalpasti?
Just how hipster, then, is the colour yellow?
Just how hipster, then, is the colour yellow?
Comments